Monday, February 20, 2012

Chinese New Year in New Zealand

Entry kali ini nak share cerita tentang sambutan Tahun Baru Cina. Sebenarnya, bukan purposely nak sambut Tahun Baru Cina ni, tapi disebabkan satu rumah tempat yang saya sewa ni adalah orang cina, jadi mereka semua menjemput untuk sama-sama meraikan Chinese New Year Eve. Tidak seperti di Malaysia, Tahun Baru Cina ada diperuntukkan cuti untuk satu tempoh tertentu, tapi tidak di New Zealand. Jadi orang cina di sini tidak melepaskan peluang meraikan perayaan ini walaupun tidak mendapat cuti yang panjang. Sambutan tahun ini berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini di mana saya tiada apa-apa aktiviti isitimewa pada cuti tersebut. Walaubagaimanapun, pada tahun lepas saya sempat melawat Chinese Street yang pertama kali diadakan di Bandar Kangar...hahaha...

gambar kenangan di Chinese Street di Kangar

Pada kebiasaannya, malam Chinese New Year Eve ini, kaum cina akan berkumpul seluruh ahli keluarga beramai-ramai dan menikmati makan malam bersama. Untuk sambutan yang saya ikuti kali ini, beberapa backpacker yang berasal dari Malaysia dan Taiwan turut terlibat selain daripada ahli anggota yang sewa serumah sekali dengan saya. Pelbagai juadah makanan yag disediakan, antaranya ialah steamboat iaitu main course, ayam goreng rempah, manisan, "Lau Sang", spring roll dan sebagainya...Kebanyakkan juadah ini disediakan oleh tuan rumah tempat saya sewa, namun kami semua tidak ketinggalan untuk turut membantu menyediakan juadah tersebut. (yo yo o ja tolong..banyak tolong tengok adalah...hehehe..)

Untuk hidangan steamboat, tom yam "flavor" telah dipilih sebagai kuah atas persetujuan semua orang...hehehehe...dan untuk bahan-bahan yang digunakan dalam steamboat termasuklah mushroom, fishball dan segala macam jenis "ball", bihun, salad, dan sebagainya...hahahaha...dan juga pelbagai seafood yang lain...bagi menghormati saya yang beragama Islam, segala bahan yang digunakan adalah bahan yang tidak berasaskan benda yang tidak halal seperti pork atau alkohol... (thank you all of you for the consideration...)



"Lau Sang" disediakan oleh backpacker Taiwan yang menyertai makan malam ni. "Lau Sang" adalah hidangan yang terdiri daripada sayur-sayuran yang mempunyai 7 jenis warna dan dimakan bersama kuah. Namun, untuk kali ini "Lau Sang" disediakan dengan menggunakan 6 campuran buah-buahan dan sayur-sayuran seperti kobis unggu, buah epal, buah pear, lobak, timun, dan keropok crispy. Kuahnya pula dibuat daripada air perahan lemon dan madu. Untuk menjamu hidangan ini, semua orang mestilah pegang chopstik masing-masing dan seterusnya makan dengan menyebut serentak "Huar arrr..." yang membawa makna lebih kepada membawa kekayaan... (translation by my friends...hahahaha...) Ini adalah kali pertama makan benda ni, dengan gaya macam ni...adoii..lawak pun ada....



ok, hidangan seterusnya adalah spring roll. Spring roll ini dibuat sendiri oleh untie tuan rumah dan kulitnya dibeli siap. Kami ramai-ramai meng"roll"kan dengan menggunakan inti sayur-sayuran seperti lobak, su'un dan lain-lain...(hehehehe...tak ingat dan inti dia apa...hahahaha..) masing-masing menggunakan skill yang ada dalam menghasilkan spring roll yang bermutu, tak pecah dan saiz yang sekata...namun, hahaha..pelbagai saiz ada...nak berapa kupang punya saiz? semuanya ada...hahaha...setelah selesai, proses menggorengnya dilakukan oleh untie...dan diperhatikan oleh kami semua...hahaha...



Setelah selesai untie menggoreng spring roll, acara menggoreng ayam berempah dijalankan...seperti tadi juga, kami semua hanya menjadi pemerhati bebas...sebab untie dah siap sedia marinate kan ayam tu, tinggal nak gorenga ja...hahaha...



Dan hidangan yang terakhir adalah manisan. Manisan ini disediakan oleh backpacker yang sewa sekali di sini. Nama manisan ini tak tahu apa dia, namun rasa dia macam buah Melaka yang dimakan bersama air rebusan halia yang ditambah sedikit gula. Dengan warna-warni yang menarik, hidangan ini semua dijamu dengan penuh selera sekali...



Makan malam Chinese New Year Eve ini diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan kami semua. Keceriaan terpancar di muka masing-masing, namun gelojak di hati mereka tidak saya dapat pastikan...yelah, hari raya tak bersama keluarga masing-masing.nak-nak pulak, esok hari raya jatuh pada hari Isnin dan semua orang kena bekerja...sedih kan? Apa pun, terima kasih kerana sudi menjemput saya sertai makan malam tu ya...kalau tak, terpaksalah cari makan dekat tempat lain , dah tu siap dengan bahan-bahan yang saya boleh makan pulak tu...sedikit gembira atas afford yang ditunjukkan. Thank you everybody and I did enjoy this celebration.

Sehingga berjumpa lagi di entry yang akan datang. Bye!!

1 comment: