Sunday, December 11, 2011

~~KonVo SudaH~~


dah lama xada entry di blog ni..last entry pun bulan march tahun ni..tup2 dah masuk bulan disember baru update entry kali ni.nasib xmasuk tahun baru baru update..hahaha..yang tu kes lagi parah..so, update of the update news ialah saya dengan ini telah berjaya tamat belajar dan dah konvo pun bulan september lepas..syukur...syukur..

Gambar bersama keluarga di luar dewan..sweet 8 Sept 2011..

punya lah susah nak habis kan nya, dengan pelbagai projek, assignment, top up course, dengan permasalahan peribadinya..hahahaha..kalau difikir-fikirkan macam xpercaya pun ada...sedih, gembira, pahit, manis semua ada..rasa macam nak ketawa pun ada..hahahaha....

terima kasih kepada kawan-kawan yang sama-sama berjuang sepanjang 4 tahun, pensyarah-pensyarah yang memberi tunjuk ajar, my lovely parents yang always be there to support me all the time and give the best in everything to me and anybody involved directly or indirectly...hehehe...i love you mom and this victory of mine is specially for you... ;)

sepanjang empat tahun belajar ni, macam-macam jenis manusia dah jumpa.ada yang kekal berkawan sampai sekarang, ada yang just keep in touch, ada yang bila jumpa ja senyum dan ada yang kalau boleh ingin dilupakan...semua ni adat resam dunia kan dalam masing-masing cuba mendewasakan diri..

antara perkara atau moment yang xdapat dilupakan masa belajar ialah, masa join exchange student program..serius, sampai sekarang masih terkenang dan kalau boleh nak pergi lagi sekali program tu..kepada adik-adik junior yang masih belajar di kampus, try la apply program ni, serius memang syok dan berbaloi dalam segala perkara yang dilalui..hehehe...

program macam ni lah yang akan membuka minda kita, melihat bagaimana budaya negara lain, mengenali bahasa dan sejarah negara tersebut dan cuba jalinkan sebanyak mungkin persahabatan dari pelbagai bangsa...what i mean here is a good and sincere friendship lah..and I even still keep in touch and keep updated about my friends even after the exchange student programme is finished.

selain dari tu, tidak lupa juga kepada pihak yang telah membantu sewaktu internship program di semester 6 di ALPS Electronic Nilai, Negeri Sembilan..dari pihak atasan, engineer, technician, dan cleaner sekali pun..hahahaha...ilmu dan pengalaman yang diperoleh tu, tidak ternilai harganya.. :)

maka, berakhirlah dunia sebagai seorang student yang bermula dari tadika sehingga ke tarikh konvo tu..kalau ada rezeki dan peluang, harap-harap dapat sambung study lagi hingga ke tahap yang tertinggi..dan maka, dengan ini bermulanya duniaku sebagai seorang penganggur.. :)