Tuesday, December 28, 2010

Complexnya.....



~Manusia Yang Compleks~

Manusia memang complex, dengan genetic yang complex, dengan keperibadian yang complex malah sikap dan tabiat yang juga complex. Manusia sering mengeluh dan mengatakan yang hidup ini susah dan penuh ranjau, hidup ini terlalu sukar...tapi mereka sebenarnya dalam banyak keadaan manusia yang menjadikan hidup mereka itu sendiri menjadi sukar...

sering kali juga aku dengar bahawa kebanyakkan kita hanya mementingkan diri? betulkah benda ni yang terjadi? apakah aku sebahagian daripadanya? entahla..
yang aku tahu, aku telah berusaha menjadi teman dan sahabat yang sebaik mungkin, dan anak yang selalu taat.... (hmmm, yeke?) cuma ada masa tertentu kot, ak ada buat 'hal' sikit...hehehehe..mungkin sebab perubahan hormon atau tindak balas semula jadi dari persekitaran disekeliling aku sendiri....
Tapi, ini adalah pengakuan jujur dari pemerhatian aku sendiri mengenai sikap manusia yang aku perhatikan disekeliling aku disepanjang hidup aku...jom kita tgk hasil kajian:

- susah sebenarnya nak mencari manusia yang sama-sama mahu susah senang bersama kita disepanjang masa...(macam biasakan dengar ayat ni..) sehingga kini, aku xjumpa lagi manusia yang betul2 ikhlas dalam bersahabat...kebanyakkan darinya pada aku lebih kepada mahu mengambil kesempatan atau peluang tertentu..terutamanya apabila mereka berada dalam satu keadaan dimana tiada teman lain atau tiada pertolongan luar yang dapat dicari untuk keadaan tertentu..ataupun jugak mereka ni, sebenarnya terpinggir dari golongan atau kumpulan yang biasa bersama disebabkan faktor2 yang tertentu yang tidak sama atau tidak sehaluan dengan kumpulan tersebut. jadi mula 'sidia' ni mencari kawan yang selama ini dilupakan kerana keseorangan...

- seterusnya, manusia yang selama ini senang dan apabila berada dalam kesusahan..hidup ini umpama roda.bukan selalunya kita akan berada di atas..tetapi yang aku geram tuh, bila di bawah kita sama2 simpati dan ikhlas memberi bantuan...bila dah berada di atas, mula la lupa pada kita yang 'bersama-sama' dia dikala dia susah..kita dilupakan, malah walau kita minta bantuan pun kita akan dibiarkan begitu sahaja...waktu susah, kita yang tidak mempunyai faktor persamaan pun boleh jadi kawan, tapi kalau x hmmm...balik la hanya mementingkan sikap 'kenegerian', sikap 'org2 yang berada atau yang berkemempuan', dan sebagainya...gerammnya! memangla, kacang bawah tanah betul! (ada kaitan dengan kacang tanah ke?...hehehehhe...)

bila dia susah, sepanjang masa kita ingatkan dan sedaya mungkin beri bantuan...dalam apa jua dan dalam segala hal...tapi bila dia dah stabil, segala benda tentang kita dibiarkan..tidak diberi bantuan..dibiarkan berusaha sendiri...hmmm..yelah, berusaha tangga kejayaan...(nada sakit hati...)

apa pun yang penting, janganlah kita sama2 menjadi golongan yang mcm tu...hendaklah kita berbuat baik pada semua orang...dan kalau boleh, sentiasa berusaha mengejar kejayaan...jgn pernah putus asa...walau dalam keadaan sukar macam mana sekali pun..kalau dah jatuh, cepat2 lah bangun balik......

~wassalam~



Picture Taken: Songkhla Zoo
(Rumah atas Pokok? Kenapa bina atas pokok?...hmmm ?)


No comments:

Post a Comment